About Us

Gambar: Syukor Hashim dan Jonaina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada tuan puan yang sudi melawat blog ini.

Blog ini ditulis bagi membantu tuan puan memulakan simpanan emas dengan kos termurah, selamat dan mudah.

Penulis blog ini adalah pasangan suami isteri, Syukor Hashim dan Jonaina Nordin.

Kami juga ingin membantu anda memulakan simpanan emas fizikal dengan modal serendah RM100 atau 1 gram.

Kami telah melihat, bagaimana emas boleh menjadi magnet kekayaan dan mengelakkan kebocoran wang. Sebelum aktif menyimpan emas, kami cuba menyimpan wang kertas.

Namun kami hairan.. apasal duit asyik bocor ajer. Rupa-rupanya, fitrah kita sebagai manusia, memang tak tahan kalau nampak duit depan mata. Asyik nak perabis ajer…

Emas sebagai portfolio kekayaan anda.

Anda perlu masukkan emas ke dalam portfolio simpanan dan pelaburan anda.

Ini kerana simpanan emas adalah selari dengan fitrah manusia untuk “menyimpan” dan mengumpul”.

Ia akan memberikan kesan positif terhadap kesihatan kewangan anda.

Berbanding dengan simpanan di dalam bentuk wang kertas, nafsu ingin berbelanja dan menghabiskan duit sentiasa wujud.

Sebab itulah simpanan dalam bentuk wang kertas sukar dilaksanakan.

Cakap ajer senang.

Baik, sekarang, terimalah sepatah dua kata dari kami berdua ūüėÄ

Sepatah dua kata dari Syukor Hashim

Terima kasih kerana melayari blog ini.

InsyaAllah saya akan membantu tuan puan untuk celik emas. Ini kerana bidang pelaburan emas adalah kemahiran saya.

Untuk pengetahuan tuan puan sekalian, saya menceburi bidang pelaburan emas sejak tahun 2008. Saya adalah antara orang terawal berkongsi ilmu emas dengan seluruh rakyat Malaysia melalui blog saya, www.jutawanemas.com

Saya turut menulis dan membentangkan kertas kerja, menulis buku tentang pelaburan emas, menyampaikan ceramah dan memberikan educational seminar mengenai emas.

Buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” boleh dilihat di sini www.pelaburanemas.com

buku_fizikal_mrpe

Gambar: Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Saya juga muncul beberapa kali di dalam rancangan TV di dalam tajuk pelaburan emas.

Sekarang, saya adalah Pengurus besar Public Dinar Sdn Bhd, anak syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

Matlamat saya adalah satu iaitu:

Saya ingin membantu anda membuat pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Semoga diberkati Allah.

Laporan Berita TV9 – Pelaburan Emas di Malaysia (Syukor Hashim interview)

Laporan Berita TV9 – Pelaburan Emas di Malaysia (Syukor Hashim interview)

Video: Laporan Pelaburan Emas oleh BERNAMA (Syukor Hashim interview)

Video: Astro Buletin Awani interview РPelaburan Emas (Syukor dan Jonaina)

Sepatah dua kata dari Jonaina bt. Nordin

Aktif di dalam bidang pelaburan emas sejak tahun 2010.

Atas bimbingan suami, saya dapat melihat peranan emas sebagai harta seorang wanita. Jadi, inilah ilmu yang saya ingin kongsikan dengan anda semua.

Jika anda ingin belajar ilmu emas, saya aktif berkongsi ilmu emas, di dalam blog saya www.emaspublicgold.com

Saya juga diundang beberapa kali di dalam rancangan TV di dalam tajuk pelaburan emas.

Sekarang, saya adalah salah seorang pengarah syarikat Jutawanemas Trading Sdn. Bhd, Master Dealer Public Gold.

Saya sedia membantu anda, terutamanya surirumah @ kaum wanita yang ingin mengetahui rahsia emas sebagai harta seorang wanita.

Video: Jonaina Nordin@Feminin TV1 “Wanita dan Emas” Part 1

Video: Jonaina Nordin@Feminin TV1 “Wanita dan Emas” Part 2

Selamat menonton!

Akhir kata, jika anda ingin belajar ilmu emas. Kami sedia mengajar!