Guna Kaedah GAP Untuk Konsisten Simpan Emas.

Saya nak berkongsi satu pegalaman dengan seorang penyimpan emas tegar yang menggunakan kaedah GAP untuk mengumpul emas

Pertama kali saya jumpa Puan Rosiah ialah pada tahun 2014 di Taiping Perak, sebelum tu kami cuma berbual melalui Facebook saja. saya panggil dia kak rosiah 🙂

Kak Rosiah pernah cerita dengan saya beberapa perkara yang memang semua orang pernah hadapi iaitu , orang hutang tapi liat nak bayar. jadi sebagai langkah supaya simpanan tunai yang dia ada tak bileh diberi pinjam kepada orang ialah tukar saja beli emas ( jarang sekali kita dengar org nak pinjam emas)

semasa pertemuan ni juga dia dengan yakin memulakan akaun GAP untuk anaknya Assyifa, pada ketika itu Assyifa belum cukup umur 18 tahun. Dia orang pertama yang hulurkan RM100 tanpa ragu-ragu untuk mintak saya buka GAP untuk anak.

setiap bulan selepas tu dia akan masukkan RM200 dalam akaun saya utk buat tambahan GAP anaknya. kalau ikutkan boleh terus bank in no akaun Public Gold GAP tapi kak Rosiah memang lebih selesa mintak saya tolong uruskan. Jadi saya pegang amanah beliau dari tahun 2014.

memang kak rosiah ni konsisten bank in tiap bulan RM200 utk GAP anaknya. sehinggalah satu ketika dia ke cawangan Public Gold untuk buat pengeluaran bagi pihak anaknya dalam awal tahun ni ( 2016) . Sesuatu yg agak menarik rupa-rupanya Asyiffa kena datang sekali sebab dah cukup umur 18 tahun!

Cepat sungguh masa berlalu, sampai tak perasan langsung anak pun dah boleh keluarkan emas dari akaun sendiri. Saya sendiri pun rasa amat teruja sebab tak sangka rupa-rupanya dah 2 tahun saya tolong uruskan GAP anaknya.

berikut saya bagi kronologi simpanan kak rosiah untuk anaknya melalui GAP Public Gold

Resit pertama buka GAP Assyiffa

 

resit-GAP asyiffa

 

lepas tu kami terus berhubung melalui Whatsapp saja, dan kak rosiah akan maklumkan saya bila dia dah bank in

whatsapp kak rosiah

kali pertama kak rosiah keluarkan emas bagi pihak anaknya Assyiffa

EMAS KAK ROSIAH

bila masuk kali kedua pengeluaran, kak rosiah pergi dengan anaknya yang kiut miut Assyifa sebab dia dah pun cukup umur 18 tahun.

kak rosiah and assyifa

 

weeeeee…. best betul keluarkan 1 gram pelbagai versi, ada baby collection, birthday, wedding dan macam-macam lagi…

Baik, langkah yang kak rosiah buat senang saja, KONSISTEN BUAT BELIAN EMAS MELALUI GAP RM200 setiap bulan dan langkah ini diulang sehingga sekarang tanpa melihat harga emas naik atau turun.

 

Apa yang bestnya bila dapat keluarkan banyak-banyak macam ni?

PERTAMA : anda boleh simpan sendiri sebagai koleksi

KEDUA : anda boleh jual kepada buyer baru atau pun kepada Public Gold untuk dapat tunai.

KETIGA : anda buat untung melalui jualan kepada buyer baru dengan harga terkini, seingat saya masa kak rosiah beli dulu dalam harga RM135 pergram, kalau dia jual kepada buyer baru dengan harga RM180, sekeping dah pun untung runcit RM45.. fuh tu baru sekeping kalau 10 keping RM450…jadi dalam kata lain dia boleh ambik untung jualan runcit dia atas kenaikan harga emas.

Inilah contoh yang realistik bila anda ada akaun GAP. Anda tak perlu risau takut-takut pubic gold tak bagi keluar emas. apa yang anda simpan dalam GAP anda boleh keluarkan dan simpan sendiri macam kak rosiah dan anaknya.

Excited nak mula GAP macam kak rosiah dan anaknya anda klik sini dapat bacaan penuh http://bit.ly/pengenalanGAP

Anda ada sebarang kemusykilan boleh whatsapp Cikjun untuk bantuan : 016-6545005

 

# Emas Sebagai Harta atau Pelaburan?

Apabila anda membeli emas, ia boleh dikategorikan kepada 2 bahagian.

1. Anda beli emas sebagai harta@simpanan
2. Anda beli emas sebagai pelaburan.

Emas sebagai simpanan@harta.

Apabila anda membeli emas sebagai simpanan dan harta anda, maka anda TIDAK akan menjual emas ini kecuali benar-benar terdesak nak pakai duit.
Tidak ada istilah saja-saja syok nak jual.

emas_sebagai_harta

Gambar: Emas sebagai harta

Emas sebagai pelaburan.

Untuk kategori kedua, iaitu emas sebagai pelaburan, anda akan jual emas ini bila:

1. Kenaikan harganya mencecah target profit anda.

Contohnya anda target harganya naik 10%. Jadi bila naik ajer 10%, maka anda jual ajer.

2. Bila kenaikan harga emas tersebut menyamai nilai duit yang anda nak pakai.

Contohnya, anda simpan emas sikit-sedikit (1 gram sebulan) dan target sehingga harga nya naik kepada RM6000, kemudian baru jual.
Kenapa RM6000? Oh! Itu contoh simpan emas utk pergi umrah. Anda nak pakai duit RM6,000

Ps: nak tahu rahsia simpan emas serendah 1 gram atau RM100?

Baca kat sini:

1. Pengenalan kepada Gold Accumulation Program.