# Tips! Membeli Emas Tanpa GST.

arah_kananTips! Satu strategi untuk memaksimakan keuntungan ketika membeli emas ialah:

“Anda perlu membeli emas yang dikecualikan daripada GST”

Bagaimana caranya?  Jawapannya: Baca artikel ini sehingga habis.

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST mulai April 2014. GST telah memberi impak yang besar terhadap industri emas. Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%.

Namun begitu, kita bernasib baik kerana kerajaan ada mewartakan beberapa jenis emas sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam Berharga Pelaburan. 

Emas yang tertakluk di dalam kategori investment precious metals ini dikecualikan daripada bayaran GST.

Sebagai pelabur yang bijak, anda perlu membeli emas di dalam kategori investment precious metals bagi memaksimakan keuntungan anda.

Untuk memahami jenis-jenis emas yang termasuk di dalam kategori investment precious metals, anda perlu download dan baca Warta Kerajaan Persekutuan – Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan 2014) .

warta

Download warta tersebut disini: http://www.treasury.gov.my/pdf/gst/gst_kecuali.pdf

Didalam warta ini, pihak kerajaan telah mengecualikan GST terhadap emas dan perak yang termasuk di dalam kategori investment precious metals.

Saya akan memetik beberapa maklumat yang penting dari warta ini (yang ada kena mengena dengan emas sahaja.

Maklumat tentang perak dan platinum saya tinggalkan)

===================================================================

JADUAL PERTAMA
[Subperenggan 2(1)]

PEMBEKALAN BARANG YANG DITENTUKAN SEBAGAI SUATU PEMBEKALAN
DIKECUALIKAN

3. Mana-mana pembekalan logam berharga pelaburan sebagaimana yang
dinyatakan dalam subbutiran 4(1) selain suatu pembekalan menurut perenggan 3
Jadual Pertama kepada Akta.

4. (1) Tertakluk kepada subbutiran (2), logam berharga pelaburan adalah
seperti yang berikut:

(a) emas yang—

(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;

(b) perak yang—

(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;

(c) platinum yang—

(i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
(ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan
(iii) memiliki ciri-ciri pelaburan;

(d) mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah
diperlakukan di negara asalnya, dan mempunyai ketulenan
sekurang-kurangnya 99.5%:

(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
(viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

(3) Mana-mana emas, perak atau platinum, mengikut mana-mana yang
berkenaan, mempunyai ciri-ciri pelaburan jika—

(a) ia telah ditapis oleh—

(i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai
“Good Delivery” bagi London Bullion Market Association
dalam hal emas atau perak; atau

(ii) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai
“Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market
dalam hal platinum.

(b) ia mempunyai suatu tanda atau ciri yang diterima sebagai suatu
standard antarabangsa yang menjamin kualitinya; dan

(c) ia didagangkan pada suatu harga berdasarkan harga tetap emas,
perak atau platinum, mengikut mana-mana yang berkenaan,
di pasaran bulion antarabangsa.

===================================================================

Bagaimana anda boleh melihat senarai penapis yang berada di dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association (LBMA)?

Anda boleh melawat http://www.lbma.org.uk/the-good-delivery-list dan lihat di bahagian Good Delivery List Search.

lbma_good_deliery_list

Gambar: Senarai London Good Delivery List

Apa-apa jenis jongkong emas yang dihasilkan oleh penapis di dalam senarai “Good Delivery” ini dikategorikan sebagai investment precious metals dan dikecualikan daripada GST.

Salah sebuah penulen emas (refinery) yang terdapat di dalam senarai berkenaan adalah Nadir Metal Rafinery (http://www.nadirmetal.com.tr/)

nadir_LBMA_cert

Gambar: Sijil Nadir Metal Rafineri sebagai LBMA acceptable refiners

Sebab itulah Public Gold memilih Nadir Metal Rafinery untuk mencetak jongkong emas dan dinar emas berjenama Public Gold.

Ini bagi memastikan mutu dan piawaian emas jenama Public Gold bertaraf antarabangsa serta dikecualikan daripada GST.

nadir_certified_gold_bar

Gambar: Logo Nadir Metal Refinery pada jongkong emas Public Gold

Nadir_dinar_cert

Gambar: Logo Nadir Metal Refinery pada dinar emas Public Gold

Justeru, apabila anda membuka akaun Public Gold GAP, anda mendapat jaminan bahawa emas fizikal yang anda perolehi adalah bertaraf antarabangsa, bermutu tinggi serta tidak dikenakan GST.

public_gold_tiada_gst

Apakah produk emas yang dikenakan GST?

Baiklah, kita telah melihat senarai produk yang dikategorikan di dalam precious investment metals dan dikecualikan daripada GST.

Sekarang saya ingin menunjukkan kepada anda, produk yang DIKENAKAN GST.

Antara produk emas yang dikenakan GST adalah:

1. Jongkong emas yang bukan daripada LBMA “Good Delivery”refinery
2. Dinar emas keluaran yang bukan daripada LBMA “Good Delivery”refinery
3. Barang kemas
4. Proof coin.
5. Syiling numismatik (syiling pengumpul)

Jadi, anda terpaksa membayar lebih 6% GST apabila membeli produk emas yang disenaraikan diatas.

Kesimpulan.

Sebagai pengguna bijak, anda perlu memilih produk emas yang dikategorikan sebagai investment precious metal dan mengelakkan daripada bebanan GST.

Memilih produk Public Gold merupakan salah satu pilihan bijak.

Tahukah anda? bahawa kos permulaan untuk menyimpan emas terbaik ini, hanyalah bermula dari serendah 1 gram atau RM100 sahaja.

Baca maklumat lanjutnya disini:

1. Pengenalan kepada Gold Accumulation Program
2. 12 kelebihan Public Gold

# Jongkong Emas 1 gram Edisi Terhad Hari Raya.

syukor_hashimAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan depan, kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Kita akan berpuasa sebulan, kemudiannya akan menyambut kedatangan hari raya.

Saya nak kasik satu tips!

Jadikan raya tahun ini lebih istimewa dengan jongkong emas 1 gram edisi Hari Raya.

Maklumat selanjutnya:

Untuk pengetahuan anda, Public Gold telah mengeluarkan jongkong emas 1 gram edisi raya (terhad)

Ia sesuai digunakan sebagai:

1. Hadiah kepada insan tersayang sebagai ganti duit raya
2. Simpanan (tukar duit raya menjadi emas)
3. Sebagai koleksi peribadi

Spesifikasi jongkong emas 1 gram Hari Raya ini adalah seperti berikut:

raya

Tajuk: Jongkong emas edisi Hari Raya
Berat dan ketulenan: 1 gram, emas 999.9
Keluaran: Public Gold (minted by Nadir Metal Rafinery)
Stock availability: Available sekarang, sehingga habis
Macammana cara nak order: Paling murah, gunakan akaun GAP (klik sini)

Sekiranya anda ingin memiliki jongkong emas 1 gram edisi raya ini, anda boleh membuka akaun GAP sekarang, topup duit dan keluarkan jongkong emas ini.

hari raya 2

 

Selamat mengumpulkan emas !

p/s: Kalau ada pertanyaan, boleh hubungi kami disini (klik sini)