Sebelum anda mula menyimpan emas, anda pasti ingin memilih produk yang memenuhi ciri-ciri berikut bukan?
1. Harga murah dan berpatutan
2. Emas yang berkualiti tinggi
3. Syarikat yang mempunyai rekod yang terbaik
Jika jawapan anda adalah YA terhadap ketiga-tiga soalan di atas, maka saya cadangkan anda memilih Public Gold sebagai platform simpanan emas.
Kenapa Public Gold merupakan pilihan terbaik?
Di sini saya akan senaraikan 12 sebab kenapa Public Gold merupakan pilihan terbaik untuk anda.
1. Harga yang jauh lebih murah berbanding kedai emas/Bank.
Jika anda buat perbandingan harga, emas kecil seperti 1 gram dan 5 gram yang dijual di kedai emas dan bank adalah lebih mahal berbanding emas Public gold.
Contohnya, pada 13/5/2015, UOB menjual 1 gram dengan harga RM222 dan 5 gram harga RM848.
Public Gold menjual 1 gram hanya RM150 + RM5 = RM155 dan 5 gram RM755 sahaja (dengan akaun GAP)
Perbezaan harga adalah RM67 dan RM93.
Anda jimat banyak!
Saya telah menulis artikel lengkap perbandingan harga di sini. Dipersilakan membaca 🙂
Klik ==> Tips! Membeli jongkong emas 1 gram dan 5 gram pada harga termurah.
2. Kos permulaan yang rendah.
Bila sebut ajer tentang emas, anda tentu terfikir yang emas ini mahal. Iyer.. Emas memanglah mahal kalau anda beli sekilo 😀
Tapi sebenarnya emas ini adalah murah kalau anda bermula dengan 1 gram.
Jadi, berita baiknya untuk anda adalah, Public Gold menawarkan peluang untuk anda menyimpan emas dengan modal yang sangat rendah.
Anda boleh pilih samada nak bermula dengan 1 gram atau RM100 sahaja.
Produk ini dinamakan Gold Accumulation Program (GAP)
Inilah produk terbaik bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan tabungan emas.
Saya telah menulis artikel panjang lebar tentang GAP, apa itu GAP? macammana nak buka akaun GAP? macammana nak keluarkan emas dari akaun GAP? dan macam-macam lagi.
Anda boleh dapatkan maklumat lengkap pasal GAP di sini:
3. Pelbagai pilihan produk.
Public Gold menjual pelbagai jenis emas. Paling popular ialah jongkong ems dan dinar emas.
Untuk jongkong emas, Public Gold mempunyai 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
Untuk dinar emas, Public Gold mempunyai ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Ini adalah gambar dinar emas Public Gold bermula dari 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
4. Emas Public Gold berkualiti antarabangsa.
Kesemua emas Public Gold dikilang oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery.
Ini menyebabkan semua produk Public Gold adalah berstatus antarabangsa dengan ciri-ciri keselamatan bertaraf antarabangsa.
Sijil ketulenan dicetak di belakang sarung jongkong emas. Jadi tiada risiko anda terhilangkan sijil ketulenan emas.
Anda boleh mendapatkan maklumat tentang:
1. Berat, lebar, panjang, ketebalan, ketulenan dan tandatangan assayer (penguji emas)
5. Emas Public Gold tidak dikenakan GST.
Emas Public Gold juga berstatus investment precious Metal kerana dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’.
Status ini membolehkan semua produk Public Gold TIDAK dikenakan GST.
Anda jimat 6%
Ini berbeza dengan produk emas keluaran tempatan seperti barang kemas, jongkong emas dan dinar emas keluaran tempatan.
Ia dikenakan GST.
Saya telah menulis artikel mengenai pembelian emas tanpa GST disini:
klik untuk baca => Tips! beli emas tanpa GST.
6. Susut nilai emas Public Gold sangat rendah.
Susut nilai adalah perbezaan antara harga belian dan jualan. Ia juga dikenali sebagai spread
Lihat jadual harga dibawah:
PG Sell = harga emas yang dijual oleh Public Gold kepada anda.
PG Buy = harga belian balik emas oleh Public Gold.
Anda boleh lihat, susut nilai emas Public Gold adalah antara 5% sehingga 8% sahaja.
7. Jaminan belian balik emas bila anda ingin menjual.
Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila masa mengikut harga PG Buy.
Namun, jika emas tersebut calar, goris atau bengkok, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10% ke 13%).
Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank TIDAK akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.
p/s: Selain dari menjual balik emas tersebut kepada pejabat Public Gold, anda juga boleh menjual terus kepada agen Public Gold berhampiran.
Klik sini => untuk melihat senarai agen sah Public Gold di seluruh negara.
8. Boleh digadaikan di Arrahnu POS.
Emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu POS bagi mendapat tunai segera.

Gambar: Saya sendiri suka menggunakan Arrahnu POS.
Ar-rahnu POS menerima gadaian emas Public Gold TANPA MEMBUKA sarung plastiknya.
Jadi, saya sarankan anda pergi ke Ar-rahnu POS jika memerlukan tunai segera.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan Ar-rahnu di Malaysia akan membuka sarung plastik emas untuk tujuan ujian ketulenan.
Namun membuka sarung plasik ini boleh menjejaskan nilai emas di dalam plastik berkenaan. Ia akan menjadi emas terpakai.
Jadi, tempat terbaik untuk menggadaikan emas Public Gold ialah Ar-rahnu POS.
Untuk melihat senarai Ar-rahnu POS seluruh Malaysia, serta soal-jawab tentang Ar-rahnu sila klik sini:
9. Brand emas yang sangat popular di Malaysia.
Jenama Public Gold sangat popular di kalangan penyimpan emas tempatan.
Ini kerana Public Gold telah menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak sejak tahun 2008.
Public Gold merupakan jenama pertama mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai jongkong emas tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan daripada certified assayer.
Public Gold dipercayai oleh orang ramai kerana syarikat ini hanya menjalankan aktiviti jual beli emas emas dan perak.
Ia tidak terlibat dengan aktiviti jualan langsung dan skim cepat kaya. Jadi, syarikat Public Gold akan bertahan lama.
10. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia
Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis), termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.
Ini memudahkan anda membeli dan menjual emas jenama Public Gold.
Jika ada pertanyaan, anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yang berhampiran.
Beritahu mereka yang anda adalah customer en. Syukor Hashim PG000012
p/s: Anda juga boleh membeli produk Public Gold terus daripada agen sah seperti saya.
Sila berhubung dengan saya di talian 013-2126999 Syukor Hashim atau 016-6545005 Jonaina Nordin bagi mendapatkan maklumat tentang agen yang berhampiran tempat anda.
Baiklah, ini adalah alamat dan nombor telefon pejabat Public Gold.
Gambar sebahagian daripada cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
11. Anda boleh beli/jual balik emas secara online 24 jam.
Salah satu kelebihan Public Gold adalah, ia menyediakan kemudahan tempahan produk dan jualan balik secara online 24 jam.
Untuk membeli emas secara online, ada 3 langkah sahaja.
Untuk menjual balik emas kepada Public Gold, pun ada 3 langkah sahaja.
Anda cuma perlu pergi ke laman web www.publicgold.com.my
Screenshot: 3 langkah membeli emas Public Gold secara online.
Screenshot: 3 langkah menjual semula emas Public Gold secara online.
12. Boleh maksimakan keuntungan jika anda menjadi agen.
Baiklah, sekarang saya akan ceritakan kelebihan yang paling menarik di dalam Public Gold.
Untuk pengetahuan anda, Public Gold menawarkan peluang menjadi agen bagi sesiapa yang berminat dan berkemampuan.
Agen Public Gold akan mendapat 3 kelebihan.
Pertama: Diskaun belian 1% untuk setiap pembelian.
Sebagai contoh, jika anda membeli emas bernilai RM10,000 maka Public Gold akan memberi diskaun 1% iaitu RM100 kepada anda.
Duit diskaun ini akan dimasukkan kedalam akaun bank anda pada 20 haribulan bulan berikutnya.
Ini kerana, mungkin anda akan membeli beberapa kali dalam bulan berkenaan, jadi Public Gold akan menjumlahkan nilai pembelian anda dan membayar 1% dari nilai keseluruhan pembelian sekali gus.
Kedua: Agen ada dapat extra 0.3% komisyen dari nilai jualan balik emas.
Apabila harga emas naik, anda mungkin ingin menjual balik emas kepada Public Gold. Jadi, ada berita baik untuk agen. Bagi setiap jualan balik emas kepada Public Gold, agen akan mendapat extra 0.3% daripada nilai emas yang dijual.
Contohnya kalau agen jual balik emas kat public gold dengan harga PG Buy RM10,000 maka agen akan dibayar RM10,000 + 0.3% extra = RM30
Jadi jumlah bersih yang akan diperolehi oleh agen ialah RM10,030.
Ketiga: Komisyen 1% jika RECOMMEND customer baru kepada public gold.
Ini yang paling best sekali.
Untuk pengetahuan anda, agen Public Gold tidak perlu menjual emas untuk mendapat komisyen.
Agen hanya perlu recommend pelanggan kepada Public Gold. Kemudian, Public Gold akan menguruskan hal ehwal belian dan jualan customer tersebut.
Agen yang recommend pula akan dapat komisyen 1% daripada nilai pembelian customer tersebut.
Lebih menarik, customer tersebut akan menjadi milik agen yang recommend tadi.
Apabila ada ulangan belian, maka agen tersebut tetap akan dapat 1%.
p/s: Saya tak menggalakkan agen menjual emas Public Gold. Memadai dengan recommend customer baru sahaja. Itu pun dah cukup menguntungkan.
Kesimpulan:
Setelah mengetahui 12 kelebihan Public Gold, anda pasti rasa yakin dengan dengan reputasi dan kelebihan produknya.
Kenapa? Jawapannya saya sendiri telah membeli produk Public Gold sejak tahun 2008 sehingga hari ini.
Ini adalah buktinya.
Resit pembelian kali pertama emas Public Gold pada 18/12/2008 dengan nilai RM30,507.00
Dengan kata lain, dah 8 tahun saya kenal Public Gold.
Memang puas hati 😀
Bacaan selanjutnya:
1. Memulakan simpanan emas dengan modal serendah RM100 atau 1 gram