# Tips! Memantau Prestasi Harga Emas di www.goldprice.org

Jika anda seorang pelabur atau penyimpan emas, saya ingin memberitahu di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang prestasi harga emas.

Antara sumber rujukan harga emas terbaik adalah laman web www.goldprice.org

Salah satu kelebihan website ini adalah, ia boleh menunjukkan prestasi harga emas dalam Ringgit Malaysia.

Saya sendiri menggunakan web goldprice.org sebagai salah satu rujukan di dalam seminar saya.

Antara maklumat yang berguna di dalam website ini adalah:

1. Ia menunjukkan harga emas semasa (spot gold) di dalam Ringgit Malaysia.
2. Ia menunjukkan prestasi harga emas dalam pelbagai matawang utama dunia.

Bila anda melawat goldprice.org, anda boleh lihat banyak jadual harga emas dan perak seperti gambar di bawah:

goldprice

Kat bawah sekali, anda boleh tengok harga emas di dalam Ringgit Malaysia.

goldprice4

Anda boleh melihat graf harga emas /Oz di dalam RM (gambar di bawah)

goldprice2

Anda boleh melihat pergerakan harga emas semasa untuk 3 hari di dalam RM

goldprice3

 

 

Bagi saya, goldprice.org sangat kaya dengan maklumat tentang emas.

p/s: Untuk pengetahuan anda, harga emas di website ini nampak lebih rendah daripada harga emas yang dijual oleh kebanyakan penjual di Malaysia. Ini kerana harga emas di website goldprice.org adalah pengiraan terus harga emas spot gold (kontrak harga emas).

Namun bagi penjual emas fizikal di Malaysia, mereka akan menjual emas pada harga LEBIH TINGGI daripada harga spot gold kerana:

1. Mereka masukkan kos-kos pembuatan
2. Mereka juga nak untung

Sebab itu harga emas runcit adalah lebih mahal daripada harga emas spot gold.

Sebagai pembeli yang bijak,  pastikan harga emas yang anda bayar adalah hampir dengan harga spot gold.

Jadikan website ini sebagai rujukan anda 🙂

Bacaan lanjut:

1. Bagaimana memulakan pelaburan emas serendah RM100 atau  1 gram?