Pengeluaran emas fizikal

Keistimewaan terbesar GAP ialah anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda.

Emas ini anda boleh pegang dan simpan sendiri.

Anda boleh memilih samada ingin mengeluarkan:

1. Jongkong emas 999.9
2. Dinar emas 999.9

Apabila anda mengeluarkan emas fizikal, Public Gold akan menolak berat emas tersebut daripada akaun GAP anda.

p/s: Anda perlu mengambil sendiri emas yang dikeluarkan daripada akaun GAP anda di mana-mana pejabat Public Gold. Anda tidak boleh menghantar wakil bagi mengambil emas fizikal yang dikeluarkan daripada akaun GAP.

1_gram_pelbagai

Gambar: Anda boleh mengeluarkan jongkong emas daripada akaun GAP

 

1_dinar_public_gold

Gambar: Anda boleh mengeluarkan dinar emas daripada akaun GAP.

Terdapat 2 syarat semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu:

  1. Pengeluaran emas fizikal tertakluk kepada cas premium, bergantung kepada jenis emas yang dikeluarkan.
  2. Anda boleh keluarkan semua nilai emas di dalam akaun GAP, tertakluk kepada baki minima 1 gram.

Kos premium pengeluaran emas fizikal.

Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan kos premium.

nota: Kos premium ini perlu dibayar di dalam bentuk tunai kepada staff di office Public Gold sewaktu anda datang mengambil emas fizikal ini.

Sila lihat jadual di bawah:

Item Kos premium seunit
(semenanjung (RM)
Kos premium seunit
(Sabah & Sarawak)
Jongkong emas 1 gram 5 10
Jongkong emas 5 gram 5 10
Jongkong emas 10 gram 10 20
Jongkong emas 20 gram 15 30
Jongkong emas 50 gram 30 60
Jongkong emas 100 gram 50 100
Jongkong emas 250 gram 80 160
½ Dinar 5 10
1 Dinar 5 10
5 Dinar 15 30
10 Dinar 30 60

Contoh pengiraan.

Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram.

  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50.
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10
  • Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10

*p/s:  Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

nota: Kos premium ini perlu dibayar di dalam bentuk tunai kepada staff di office Public Gold sewaktu anda datang mengambil emas fizikal ini.

Cara-cara mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP

Untuk mengeluarkan emas fizikal, anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yang berhampiran dan request pengeluaran emas fizikal.

Gambar: Call office Public Gold untuk urusan pengeluaran emas.

Staff Public Gold akan meminta beberapa butiran daripada anda. Kemudian pengeluaran emas fizikal anda akan diproses.

Cawangan Public Gold di seluruh negara.

Ini adalah alamat lokasi, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Itu sahaja tuan puan, hanya satu panggilan ke pejabat Public Gold dan selesai!

Cawangan Nombor Telefon Alamat
Ampang, KL 03-42579916 98A & 98B, Lorong Mamanda 2,
Ampang Point Batu 41/2, Jalan
Ampang, 68000 Ampang
(Sebelah Cash Converter)
Alor Setar, Kedah 04-7344916 No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota,
Alor Setar, Kedah (bertentangan
Etiqa Takaful).
Sungai Petani, Kedah 04-4232999 No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan
Taman Pekan Baru, 08000 Sungai
Petani, Kedah.(bersebelahan
Public Bank Jalan Kota)
Relau, Penang 04-6449999 88E, tingkat 1&2,
Jln Tun Dr. Awang
11900 Bayan Lepas, Penang
Bishop street, Penang 04-261999 No.95, Lebuh Bishop,
10200 Penang.
Ipoh, Perak 05-242 8916 No. 26, 28 & 30, Jln yang kalsom
30250 Ipoh, Perak
Bandar Sunway,
Petaling Jaya, Selangor
03-56348999 42A, Jln PJS 8/6 (Tingkat 3)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
(di atas Royal Safe Deposit Box)
Kajang, Selangor 03-87349916 No.19B, 19C, Jalan M/J1,
Taman Majlis Jaya,
Sungai Chua,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(sebelah Hong Leong Bank)
Senawang, N.Sembilan 06-6782916 152-1, Block M,
Taipan Senawang,
Jln Taman Komersil
Senawang 1,
Tmn Komersil Senawang,
(Sebelah Bank Rakyat)
Melaka 06-3175499 No.9-A, Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
(sebelah perodua)
Taman Perling, JB 07-2358999 No.45 A&B, Jln Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru,
(Bersebelahan 7 Eleven)
Kota Bharu, Kelantan 09-7462999 Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
(sebelah Public Bank)
Kuala Terengganu 09-6263999 16A, 1st &2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
(Sebelah KFC )
Kuantan, Pahang 09-5678916 A-6624 1st &2nd Floor,
Jalan Beserah,
25250 Kuantan, Pahang.
(Sebelah Maybank Jalan Beserah)
Kuching, Sarawak 082-259916 Lot 456 & 457, tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching,
(Sebelah Maybank Jalan Satok)
Kota Kinabalu, Sabah 088-447916 Lot No. 19, Block B-10,
Lorong Plaza Permai 1,
Along Jalan Sulaman,
Kota Kinabalu, Sabah
(sebelah Maybank Alam Mesra,
1 Borneo)

Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran emas fizikal, sila klik link di bawah:

1. Pengeluaran jongkong Emas dari akaun GAP

2. Pengeluaran dinar emas dari akaun GAP

Selain daripada pengeluaran emas fizikal, anda boleh menjual terus emas di dalam akaun GAP anda dan mendapatkan tunai.

Public Gold akan membeli balik kuantiti emas di dalam akaun GAP anda dan akan bank-in wang tunai tersebut ke dalam akaun bank anda.

Klik: Pengeluaran tunai daripada GAP.

Terdapat 2 cara menjualnya iaitu:

1. Menelefon cawangan Public Gold.

Anda telefon cawangan yang berhampiran dengan anda. Beritahu staff yang anda nak menjual emas dalam akaun GAP. Beritahu nama penuh, nombor ic, PGcode anda dan kuantiti emas yang ingin dijual daripada akaun GAP anda.

Staff Public Gold akan uruskan selebihnya.

2. Gunakan SMS/Whatsapp/Wechat

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada +6017-486 6916.

Contoh:

Dengan kod PG –>: PG 000xxx JUAL GAP xxxgram

-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.

-Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengah malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14.

*Pembayaran di bawah keadaan pasaran yang normal.

Leave a Comment