# Pengeluaran Dinar Emas daripada GAP

Selain daripada pengeluaran jongkong emas, anda juga boleh mengeluarkan dinar emas daripada akaun GAP.

Dengan kata lain, anda mempunyai banyak pilihan 🙂

Semakin banyak emas yang anda kumpulkan di dalam akaun GAP, semakin banyak pilihan untuk anda keluarkan emas fizikal.

Saya akan memberikan maklumat lengkap mengenai dinar emas Public Gold dan cara anda mengeluarkan dinar emas ini daripada akaun GAP.

Spesifikasi dinar emas ini adalah seperti berikut:

1. Dinar emas Public Gold mempunyai ketulenan 999.9 (24 karat)

2. Ia dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery (pengilang bertaraf London Bullion Market Association Accredited Refinery)

3. Dinar ini bertaraf antarabangsa

4. Dinar emas ini adalah bebas dari GST (anda tak perlu bayar 6% bila mengeluarkan dinar ini dari akaun GAP)

Bentuk dan berat Dinar Emas Public Gold.

Dinar emas ini boleh didapati di dalam 4 jenis iaitu:

i.  ½ Dinar (berat 2.125 gram)
ii. 1 Dinar (berat 4.25 gram)
iii. 5 Dinar (berat 21.25 gram)
iv. 10 Dinar (berat 42.50 gram)

Ini adalah gambar dinar emas Public Gold.

half_dinar

Gambar: 1/2 Dinar Emas (depan dan belakang)

1 dinar depan dan belakang jpg

Gambar: 1 Dinar Emas (hadapan dan belakang)


5 dinar depan dan belakang jpg

Gambar: 5 Dinar Emas (hadapan dan belakang)

 

10 dinar depan dan belakang jpg

Gambar: 10 Dinar Emas (hadapan dan belakang)

Ini adalah gambar sebenar 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar yang diletakkan sebelah menyebelah, supaya anda dapat melihat perbezaan saiz masing-masing 🙂

Public_gold_dinar_complete_set

Gambar: Inilah rupa 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.

 

1_dinar_public_gold

Gambar: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

Bagaimana cara mengeluarkan dinar emas daripada akaun GAP anda?

Mudah sahaja, anda baca caranya di sini:

(Klik => Cara-cara mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda)

Leave a Comment