Pengenalan kepada GAP

public_goldPublic Gold Marketing Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pedagang emas dan perak terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu program penyimpanan emas yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).

GAP bertujuan memudahkan anda membuat simpanan emas fizikal dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram.

Ini memudahkan anda untuk mengumpul emas fizikal sebagai aset dalam jangka masa panjang.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP pada bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

gap

Kelebihan GAP:

·       Anda boleh membeli emas serendah RM100 atau 1 gram sahaja.
·       Disokong 100% oleh emas fizikal
·       Tiada yuran simpanan
·       Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
·       Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun
·       Anda boleh mengeluarkan emas fizikal serendah 1 gram sahaja.
·       Akaun GAP tiada tarikh luput

Pengeluaran emas fizikal melalui GAP.

public_gold_gap

Kelebihan akaun GAP adalah ianya disokong oleh 100% emas fizikal.

Anda boleh memilih untuk keluarkan jongkong emas atau dinar emas daripada akaun GAP anda:

Untuk jongkong emas, anda boleh memilih samada:

  1. Jongkong emas 1 gram
  2. Jongkong emas 5 gram
  3. Jongkong emas 10 gram
  4. Jongkong emas 20 gram
  5. Jongkong Emas 50g
  6. Jongkong Emas 100 gram
  7. Jongkong Emas 250 gram.

Untuk dinar emas anda boleh memilih samada:

  1. Dinar emas ½ Dinar (2.125 gram)
  2. Dinar emas 1 Dinar (4.25 gram)
  3. Dinar emas 5 dinar (21.25 gram)
  4. Dinar emas 10 Dinar (42.5 gram).

Klik: Bagaimana saya membuka akaun GAP?

Syarat membuka akaun GAP sangatlah mudah.

Anda ada 2 pilihan:

  1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau 1 gram emas.
  2. Anda juga boleh membuka akaun GAP untuk anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuka akaun GAP.

Langkah 1:  Rujuk harga emas semasa GAP di laman web  www.publicgold.com.my

Mula-mula, anda lihat harga emas semasa GAP di laman web Public Gold di laman web www.publicgold.com.my

gap_price

Gambar: Contoh harga semasa GAP.


Daripada jadual harga GAP di atas, jika anda memilih untuk membuka akaun GAP dengan RM100, maka anda akan mendapat 0.7042 gram emas di dalam akaun GAP anda.

Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM150.

Soalan: Boleh tak anda buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram?

Jawapannya: BOLEH.

Langkah 2:- Buat Pembayaran kepada Public Gold

Anda buat pembayaran ke dalam mana-mana akaun bank Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun   : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Bank: Maybank
Nombor akaun: 557139238048

 ATAU

Nama akaun   : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Bank: Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833

Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat peribadi anda kepada Public Gold

Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran (slip transfer) tersebut bersama-sama 7 maklumat berikut:

  1. Nama penuh anda seperti di dalam IC (jika ini akaun bersama, sertakan juga nama penuh anak anda)
  2. Nombor kad pengenalan (jika akaun bersama, sertakan nombor MyKid anak anda)
  3. Email anda
  4. Nombor telefon anda
  5. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘tiada akaun PG’
  6. Letakkan introducer GAP anda: Syukor Hashim PG000012
  7. Ringkasan butiran pembayaran: Contohnya Maybank 04/08/2015 jam 20.40:16 RMxxxxx.xx

Emailkan kepada gap@publicgold.com.my dan cc email tersebut kepada

suhaila@publicgold.com.my  dan admin@jutawanemas.com

Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda akan dilakukan.

Akaun GAP anda akan diproses dalam masa 48 jam (waktu bekerja) dari tempoh penerimaan email pembayaran.

Kemudian anda akan menerima SMS dari Public Gold seperti di bawah.

SMS ini menandakan pendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.

sms

Gambar: SMS yang akan diterima oleh anda.

Kemudian anda akan menerima email daripada Public Gold yang mengandungi dokumen pembelian GAP (p/s: Jika anda tidak menerima email dari Public Gold, sila call/whatsapp Public Gold GAP helpline di talian 017-4866 916)

Contoh email:

email_from_pg

Gambar: Contoh email yang dihantar oleh Public Gold

Di bawah ini, saya akan berikan 2 contoh dokumen pembukaan akaun GAP:

  1. Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100
  2. Pembukaan emas GAP di dalam bentuk gram
RM100_gap

Contoh 1: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

 

GAP_30gram

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

Jika anda menerima email dengan maklumat diatas, ia bermakna akaun GAP anda telah berjaya dibuka.

Syabas!! Pada tahap ini anda sudah mempunyai PG Code (Customer Account Code)

Klik: Bagaimana saya menambah emas GAP?

Anda boleh menambah nilai emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikut kemampuan. Anda akan membeli emas ini mengikut harga emas semasa.

Untuk membuat penambahan@belian, sila ikuti langkah-langkah dibawah.

Langkah 1:  Rujuk harga emas semasa GAP di laman web  www.publicgold.com.my

Anda boleh lihat harga emas semasa GAP di dalam jadual.

Harga GAP dipaparkan di dalam 2 format iaitu:

1. RM100 = berat emas atau

2. RMxxx = 1.0000 gram emas.

gap_price

 

Gambar: Contoh jadual harga GAP

 

Daripada jadual diatas, dengan RM100, anda akan membeli emas sebanyak 0.6667 gram.

Kalau nak beli 1 gram, anda kena bayar RM150.00

Contoh: Jika anda ingin membeli sebanyak 3 gram emas, maka jumlah yang perlu dibayar ialah RM450.

Nilai tambahan minima untuk GAP adalah RM100 dan di dalam gandaan RM50 (contohnya RM100, RM150, RM200, RM250).

Tiada had maksima untuk pembelian GAP.

Langkah 2: Memilih kaedah pembayaran dan membuat pembayaran.

Anda boleh membuat penambahan GAP melalui 9 kaedah dibawah:

Pilihlah kaedah yang paling mudah untuk anda.

1. Perbankan internet (maybank2u atau Public Bank Internet banking)
2. Perbankan internet (Interbank giro transfer) dari akaun bank lain.
3. Cash deposit di kaunter bank
4. Mesin deposit tunai
5. Pemindahan wang dari mesin ATM,
6. Cek
7. arahan tetap bulanan
8. Bayaran tunai di cawangan Public Gold
9. atau trade in emas terpakai (di cawangan Public Gold).

Langkah 3: Buat Pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold.  

Kemudian, anda bank-in ke dalam akaun Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun   : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Bank                : Maybank
Nombor akaun: 557139238048

atau

Bank :Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833

*Lihat contoh resit bank in di bawah:

resit1

Gambar: Contoh resit maybank2u

resit2

Gambar: Contoh resit cash deposit

resit3

Gambar: Contoh resit ATM transfer

 

Langkah 4: Maklumkan butiran pembayaran kepada Public Gold

Selepas bank in, sila maklumkan kepada Public Gold untuk pengesahan.

Caranya:

  1. E-melkan bukti pembayaran GAP anda kepada gap@publicgold.com.my dan cc email tersebut kepada suhaila@publicgold.com.my
  2. Anda juga boleh whatsapp gambar bukti pembayaran kepada GAP helpdesk di 017-4866916. Pastikan gambar tersebut jelas.
  3. Jika anda tidak mahu menggunakan email, anda boleh gunakan SMS/WhatsApp/WeChat untuk menghantar maklumat pembayaran. Taipkan: Kod PG anda<jarak>BELI GAP<jarak>Jumlah Tempahan <jarak> (Tarikh & Masa Pembayaran) dan hantar kepada 012-3876916 (GAP helpdesk)

Contoh: 

Pelanggan sedia ada
Dengan Kod PG                      : PG 000000 BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 12:34:56)

(jika belian gram)                     PG 000000 BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 12:34:56)

Jika anda pelanggan baru, formatnya adalah seperti berikut:

Pelanggan Baru                      : PG NEW BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 23:45:59)

(jika belian gram)                     PG NEW BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 23:45:59)

Penting *Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

 Langkah 5:  Selepas itu, Public Gold akan kemaskini Penyata GAP anda:

  1. Akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam selepas bukti pembayaran disahkan oleh Public Gold.
  2. Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan.

Klik: Bagaimana menyemak akaun GAP?

Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu penyata akaun online bagi memantau urusniaga belian dan jualan GAP anda.

Untuk mendapatkannya username dan password akaun GAP anda, sila telefon cawangan Public Gold berhampiran.

Ia membolehkan anda melihat urusniaga belian dan jualan GAP anda secara online di www.publicgold.com.my

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Sila ke www.publicgold.com.my dan klik menu Login (gambar 1)
  2. Masukkan PG code anda dan password (call office PG jika anda belum ada password) (gambar 2)
  3. Klik My Account -> My GAP Statement (gambar 3)
  4. Anda boleh melihat urusniaga GAP anda sepanjang 3 bulan (gambar 4)

Lihat gambar dibawah:

gap_login_1

Gambar 1 : Klik menu Login

gap_login_2

Gambar 2: Masukkan PG code dan password anda.

gap_menu_1

Gambar 3: Klik My Account -> My GAP Statement

gap_menu_3bulan

Gambar 4: Urusniaga belian dan pengeluaran GAP akan dipaparkan

 

Bacaan selanjutnya:

1. Bagaimana mengeluarkan emas dari akaun GAP?
2. Soalan-soalan lazim tentang GAP (klik)
3. Saya nak tanya soalan berkenaan GAP (klik)