# Tips Membeli jongkong emas 1 gram dan 5 gram pada harga termurah.

tips
Saya ingin berkongsi satu tips berharga dengan anda.

Saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh beli emas kecil-kecil dibawah 5 gram dengan harga yang murah.

Soalan: Kenapa nak beli emas kecil-kecil?

Jawapan: Saya dapati ramai orang berminat untuk memulakan pelaburan emas dengan modal yang paling rendah.
Sebab masih di peringkat ingin mencuba-cuba.

Iyerlah kan? Jika baru nak bermula, takkan terus nak beli emas yang besar-besar 😀

Jadi, pilihan utama anda ialah jongkong emas kecil-kecil seperti:

1. Jongkong emas 1 gram
2. Jongkong emas 5 gram

Namun, jika anda ke kedai emas atau check harga kat bank (especially UOB Bank), anda akan dapati harga emas untuk jongkong emas bersaiz kecil adalah jauh lebih mahal berbanding jongkong emas bersaiz besar.

Sebagai contoh, mari lihat harga emas UOB.

uob

Gambar: Harga emas UOB

Nampak tak harga emas UOB kat atas?

1 gram PAMP harganya RM222 sekeping?

Phew! mahal betul.

pamp_1gram

Gambar: Ini rupanya PAMP 1 gram

Jongkong emas PAMP Suisse 5 gram pula berharga RM848.00.

Ini pun mahal juga.

pamp-suisse-5-gram

Gambar: Pamp Suisse 5 gram

Berapa harga jongkong emas kecil kat kedai emas?

Untuk tujuan penulisan artikel ini, saya turut melawat kedai emas Wxx Cxxxx di Melaka. Sebab nak survey harga jongkong emas 1 gram dan 5 gram.

Bila sampai kedai emas, saya dapati mereka tidak menjual jongkong emas 1 gram.

Namun, jongkong emas 5 gram PAMP Suisse ada dijual.

Harganya pula.. uhuk!.. mahal.

Harga yang ditawarkan kepada saya adalah RM180/gram + upah tukang RM100.

Jadi harga bersih adalah (RM180 x 5) + RM100 = RM1000.00

Memang mahal utk emas 5 gram.

Jadi, bagaimanakah membeli emas 1 gram dan 5 gram pada harga yang jauh lebih rendah?

Jawapannya ialah:

“Anda beli emas 1 gram dan 5 gram menggunakan akaun Public Gold GAP!”

Mari kita buat perbandingan.

price_gap

Perbandingan harga jongkong emas 1 gram.

1gram_hold

Harga emas Public Gold GAP adalah RM150 segram.

Jika anda hendak membeli jongkong emas 1 gram emas melalui GAP, anda hanya perlu membayar RM150 + RM5 kos premium.

Kemudian anda dah boleh keluarkan sekeping jongkong emas 1 gram!

Kos bersih cuma RM155.00

Jika dibandingkan dengan harga UOB Bank iaitu RM222, anda jimat sebanyak RM67.00 segram.

Anda lebih jimat bukan?

p/s: Untuk 1 gram, Public Gold offer banyak jenis design untuk anda pilih.

Perbandingan harga jongkong emas 5 gram.

5 gram

Jika anda hendak membeli jongkong emas 5 gram emas melalui GAP, anda hanya perlu membayar RM150 x 5 + RM5 kos premium.

Kemudian anda dah boleh keluarkan sekeping jongkong emas 5 gram!

Kos bersih cuma RM755.00

Jika dibandingkan dengan harga UOB Bank iaitu RM848, anda jimat sebanyak RM93.00

Banyak juga penjimatannya bukan?

Dengan kata lain, anda boleh mendapat emas 1 gram dan 5 gram pada harga terendah adalah dengan menggunakan akaun GAP.

Senang bukan 🙂

Jika anda peminat syiling dinar emas, anda boleh beli syiling 1/2 dinar dengan harga murah, menggunakan kemudahan GAP.

Menarik bukan?

half dinar jpg

Gambar: Syiling emas 1/2 dinar

Bacaan lanjut:

1. Bagaimana cara membuka akaun GAP (klik sini)
2. Bagaimana cara mengeluarkan emas daripada akaun GAP (klik)