Soalan lazim

Soalan: Apakah itu Public Gold GAP ?

Jawapan: Public Gold GAP adalah singkatan kepada Public Gold Gold Accumulation Program.

Di dalam bahasa Melayu, dipanggil Program Akumulasi Emas.

Tujuan utama program ini dibuat adalah untuk memudahkan orang ramai mengumpul emas fizikal dengan cara paling mudah, murah dan selesa.
Ianya mudah kerana proses pembelian dan penjualan emas GAP boleh dilakukan secara online.

P/s: GAP sangat sesuai bagi mereka yang ingin membeli emas dengan modal yang rendah dan konsisten.

Ianya jauh lebih murah berbanding membeli jongkong emas 999.9 di kedai emas atau bank.

Emas yang dibeli melalui GAP adalah berketulenan 24 karat 999.9 berkualiti antarabangsa (London Bullion Market Association accredited refinery)

Pembeli boleh membeli emas GAP 24 jam sehari, 365 hari setahun tanpa perlu keluar dari rumah.

Soalan: Siapa yang layak membuka akaun GAP?

Jawapan: Sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun keatas, layak untuk membuka akaun GAP.

Tidak kira warganegara Malaysia atau luar.

Public Gold hanya memerlukan 5 butiran berikut bagi membuka akaun GAP anda:

  1. Nama penuh
  2. Nombor ic @ Mykid (jika akaun kanak-kanak)
  3. e-mail
  4. Nombor HP
  5. Introducer GAP: Letakkan PG000012 Syukor Hashim/Jonaina Nordin

Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun kebawah, ibu-bapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP secara bersama (joint account), dimana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut, sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun.

Ibu bapa@penjaga boleh membeli dan menjual emas dari akaun GAP bagi pihak anaknya.

Soalan: Adakah GAP sama seperti akaun simpanan emas di bank?

Jawapan: Tidak. GAP adalah program penyimpanan emas, dimana matlamat utamanya ialah menggalakkan pemilikan emas fizikal dengan modal yang rendah.

Ia bersandarkan 100 kepada emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP mereka bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold.

Kebanyakan akaun simpanan emas di bank TIDAK menawarkan pengeluaran emas fizikal serendah 1 gram (kecuali Kuwait Finance House).

Soalan: Siapakah pengilang emas Public Gold?

Jawapan: Emas Public Gold dikilangkan oleh Nadir Metal Rafinery, dari Turki.

Laman web mereka adalah www.nadirmetal.com.tr/

Setiap jongkong emas Public Gold diiktiraf mutu dan ketulenannya oleh Nadir Metal.

Kelebihan:

1. Pengeluar ini adalah LBMA Accredited Refinery. Kualiti antarabangsa
2. Emas yang berstatus LBMA dikecualikan daripada GST6%

Public_gold_nadir

Gambar: Logo Nadir Metal Rafinery di belakang jongkong emas Public Gold

Nadir_dinar_cert

Gambar: Logo Nadir Metal Rafinery di belakang dinar emas Public Gold

Soalan: Jika pemilik akaun GAP meninggal dunia; bagaimana waris boleh membuat tuntutan?

Jika pemilik GAP meninggal dunia, emasnya boleh diwarisi oleh pewarisnya dengan menunjukkan dokumen-dokumen berikut;

1) Sijil kematian
2) Wasiat
3) Surat daripada Mahkamah
4) Dokumen sampingan (sekiranya ahli keluarga sertakan surat beranak/sijil perkahwinan)

Leave a Comment