Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Antara kelebihannya:
Emas adalah aset yang tidak terjejas oleh inflasi dan stabil walaupun ekonomi buruk.
Emas mudah dijual, ditukar tunai dan diterima di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Kekayaan dalam bentuk emas terus bernilai dengan kenaikan harga yang semakin tinggi.
Emas adalah aset yang mudah diwariskan jika berlaku pertukaran atau kematian.
| Aspek | Wang Tunai | Emas |
|---|---|---|
| Nilai & Ketahanan | Nilainya terdedah kepada inflasi. Kuasa beli berkurangan dari masa ke masa. | Nilainya stabil dan kalis inflasi. Mengekalkan nilai intrinsik walaupun ekonomi tidak menentu. |
| Kegunaan & Mudah Dicairkan | Digunakan untuk transaksi harian dan mudah dicairkan untuk keperluan segera. | Lebih sesuai untuk simpanan jangka panjang. Proses pencairan mungkin mengambil masa atau melibatkan kos. |
| Keterhadapan dalam Ekonomi Digital | Berkaitan rapat dengan sistem ekonomi moden seperti e-wallet dan perbankan digital. | Tidak digunakan secara langsung dalam ekonomi digital tetapi boleh dijadikan aset pelaburan. |
| Risiko Kehilangan Nilai | Nilai boleh terjejas akibat percetakan wang yang berlebihan oleh kerajaan (hiperinflasi). | Tidak boleh dicetak, dan bekalannya terhad, menjadikannya lebih terjamin sebagai aset. |
Duit Simpanan Tak Bocor
Simpan, korek, simpan, korek! Akhir sekali jumlah simpanan tak ke mana! Itulah masalah bila simpan duit.
Bila nampak nombor dalam akaun bank, mesti otak kita ligat berfikir nak berbelanja. Memang itulah naluri manusia pada duit.
Duit memang untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan.
Itulah sebab kenapa banyak orang sudah cuba pelbagai teknik menyimpan, tapi bila nampak nombor (duit), akhirnya duit itu dibelanjakan juga!
Ia berbeza dengan emas. Bila simpan emas, otak kita tak akan fikir untuk berbelanja. Kita tak akan menjualnya, melainkan untuk tujuan yang benar-benar mendesak ataupun menguntungkan!
Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?
Jawapannya “tidak”.
Duit yang nak digunakan dalam jangkamasa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas). Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.
Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.
Pernah tak anda dengar, barang kemas isteri itulah yang jadi penyelamat di saat kecemasan?
Ya, itulah emas. Bila berlaku kecemasan, anda boleh dapatkan wang tunai segera. Jual atau pajak sahaja di mana-mana ar-rahnu terdekat dengan anda.
Bila anda ada emas, maksudnya anda ada duit. Beli emas, bukan habiskan duit. Tetapi anda hanya tukarkan sahaja duit anda kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.
Orang dulu-dulu simpan emas dalam bentuk barang kemas. Selain dijadikan perhiasan, barang kemas itu juga adalah simpanan yang akan digunakan bila berlaku kecemasan.
Tetapi sekarang, ada cara yang lebih menguntungkan kalau nak menyimpan emas. Iaitu dalam bentuk jongkong emas atau dinar (syiling emas)!
Kalau tujuan anda nak berhias, belilah barang kemas. Tapi kalau untuk simpanan, belilah gold bar ataupun dinar. Selain harga per gram lebih murah, spreadnya (‘susut nilai’) sangat rendah – kurang 10%.
Tak semua orang terfikir untuk membuat simpanan emas kerana kita berfikir simpanan emas memerlukan modal yang besar. Kerana itu Public Gold menawarkan peluang simpanan emas dengan hanya bermodalkan RM100 sahaja!
BENAR SEKALI !
Sekarang, anda dan semua orang mampu untuk memulakan simpanan emas. Dengan mendaftar akaun percuma GAP, anda mampu mengubah masa depan anda. Ingat, nilai duit akan terus turun tetapi nilai emas akan terus naik !
Roshayati Binti Zainal Abidin
Master Dealer Public Gold