GAP adalah salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM100 secara atas talian. Konsep GAP sama seperti akaun bank online , bezanya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GAP memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas .
Menyimpan/membeli emas dengan modal rendah melalui akaun emas GAP online
Mengumpul gram emas sedikit demi sedikit sehingga mencapai berat emas fizikal diingini.
Mengeluarkan emas fizikal yang diingini apabila gram emas terkumpul mencukupi.
Menjual atau memajak gram emas yand disimpan melalui aplikasi atau offline.
Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.
Simpanan emas GAP sesuai bagi anda yang mempunyai bajet sekitar RM100 – RM1000 untuk menyimpan emas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitment bulanan. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk simpan sendiri emas fizikal yang di beli ini kerana simpanan emas di akaun emas GAP adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan.
Simpanan emas GAP adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.
6 Kelebihan Akaun GAP
Modal Rendah
Menyimpan emas serendah RM100 sahaja.
Tiada Yuran pendaftaran
Pendaftaran akaun GAP adalah percuma
Tiada Komitmen Bulanan
Simpan pada bila-bila masa, tidak perlu setiap bulan
Tiada Tarikh Luput
Akaun tetap aktif walaupun sudah bertahun tidak aktif
Pengeluaran Emas Fizikal
Boleh menebus emas fizikal bila-bila masa, serendah 0.5 gram.
Boleh Diwarisi
Waris boleh menuntut emas jika berlaku kematian
Fungsi-fungsi pada Akaun Simpanan Emas GAP
BUY
Untuk anda membeli emas dan automatik ia akan ditukarkan kepada gram emas. Minimum pembelian adalah RM100 ke atas.
SELL
Untuk anda menjual semula emas yang terdapat di dalam akaun kepada public gold secara online. Wang tunai hasil jualan akan dimasukan terus ke akaun bank anda.
AR-RAHNU
Untuk anda pajak emas yang terdapat di dalam akaun kepada Arrahnu KDE (anak syarikat public gold) secara online. Anda akan menerima pinjaman sebanyak 70% dari nilai emas yang dipajak & akan dimasukan terus ke akaun bank.
WITHDRAW
Untuk anda keluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) daripada akaun apabila jumlah gram telah mencukupi. Emas akan di pos secara berinsuran kepada anda.
ACCOUNT
Untuk melihat jumlah baki gram emas (Available Balance, Floating Balance, Current Balance, Average Price)
HISTORY
Untuk melihat sejarah transaksi yang pernah dibuat termasuklah belian, jualan, pengeluaran dan ar-rahnu.
Pengeluaran Emas Fizikal
Terdapat pelbagai jenis emas fizikal (goldbar atau dinar) yang ada seperti 0.5gram, 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 1/2dinar, 1dinar, 5dinar dan 10dinar. Anda boleh keluarkan mana-mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram telah mencukupi. Jika tidak mahu pegang emas fizikal, biarkan sahaja di dalam akaun tersebut.
Sebagai contoh, anda telah membeli emas melalui akaun GAP dan jumlah terkumpul sehingga kini adalah sebanyak 10 gram, anda boleh keluarkan emas fizikal seperti:
1 keping goldbar 10 gram atau
2 keping goldbar 5 gram atau
10 keping goldbar 1 gram atau
2 keping 1 dinar atau
4 keping ½ dinar
Untuk emas yang berjumlah 21.25 gram atau 5 dinar ke bawah , Public Gold akan pos ke rumah secara berinsuran manakala jumlah emas yang lebih daripada itu hendaklah diambil di cawangan public gold yang terdekat.
Sebagai contoh, anda telah membeli emas melalui akaun GAP dan jumlah terkumpul sehingga kini adalah sebanyak 10 gram, anda boleh keluarkan emas fizikal seperti: